0
Komen

1st time jadi kawalan... BEST?

Views


hai semua:r::r::r:
i'm back....:r: yeayyyy~
dua hari ne aryn tak update blog... busy sikit...
aryn ada tugas kat kampus aryn yang tercinta... hehe~
maklum laa mahasiswa baru nak masuk dunia kampus...

kali ne aryn tak dapat jadi PM...
(PERDANA MENTERI??? hahaha~ bukan3.. PEMIMPIN MAHASISWA)
sedih juga laa tak dapat nak berkhidmat sebagai PM kali ne...
sebabnya intake untuk kali ne tak ramai...
so PM yang diperlukan hanya seramai 60 orang jew...
nasib laa siapa yang dapat tu memang bertuah... huhu~

walaupun aryn tak jadi PM tak bermaksud aryn senang lenang kat rumah yea...
aryn jadi kawalan keselamatan buat pertama kalinya.. hehe~
tak tahu apa tu kawalan keselamatan:s::s::s:
kawalan keselamatan tu kira macam polis trafik juga laa...
kami membantu dalam memastikan kelancaran trafik di dalam kampus...
maklum laa budak2 baru nak masuk kampus, mesti laa satu keluarga nak datang tengok2...
nasib baik laa tak ramai..
tengah hari dah habis tugas.. hehe~

tapi muka ne melecur juga laa...
baru nak putih, hitam balik...
demi tugas, aryn tak kisah.. hehe~

macam2 kerenah aryn dapat tengok...
excited ada, sporting ada, dll..
aryn bertugas sebagai runner so bukan satu tempat jew aryn jaga...
kejap2 pergi dekat loading bay, kejap2 pergi dekat post guard...

famili yang datang ne ada yang rajin bertanya.. tapi ada juga yang berlagak pandai...
bukannya nak tanya kami yang berdiri tengah2 panas tu...
jalan macam tu jew...
bila dah sesat baru laa nak tanya...
then ada pula yang marah2 bila tak jumpa tempat yang nak dituju..
adoyai~
tak pasal2 seorang KB (KOMANDER BARU) kena makan maki hamun...
ishhh3....
dah tak tanya, bila sesat salahkan orang...

so, korang2 kat luar tu kalau tak tahu jangan laa segan2 nak tanya yea...
bukan kena bayar pun tanya...

jadi kawalan trafik buat pertama kalinya memang best...
dapat juga kumpul pengalaman...
hidup ne tak semestinya kita buat hanya satu kerja k... betul tak:s:
hehe~

dua hari aryn tak hadap laptop ne...
15 Nov pula besday :44: salah seorang kenalan aryn...
tak sempat nak wish...
so dekat sini, aryn nak ucapkan selamat ulangtahun yang ke-21 :43:abg apoi:43:....

aryn admire abg dekan ne.. nak sangat jadi macam dia...
nak dapat ANC (ANUGERAH NAIB CANSELOR)
idola aryn.. hehe~

ok laa, tu je nak cerita...
papai~
2
Komen

"KEHILANGAN"

Views


hye prince & princess:r:
start esok maybe aryn tak dapat nak online tau..
aryn ada tugas.. I need to go back to my campus..:53:
do miss me ok dear:r:

hari ne aryn just nak kongsi something dengan korang..
aryn nak kongsi apa yang aryn rasa..
yang mungkin korang belum pernah rasa..

"KEHILANGAN"

semalam aryn pergi menziarah seorang jiran aryn yang disuspek DENGGI..
entah berapa lama rasanya aryn tak menjejakkan kaki ke Hospital Permaisuri Bainun yang dulunya dikenali sebagai Hospital Ipoh..
kalau dulu tempat tu cukup familiar bagi aryn...
tempat tu laa arwah ibu aryn selalu dimasukkan...

sejak aryn kecil lagi, arwah ibu dah ada penyakit berkaitan dengan paru2...
sejak kecil juga aryn berasa takut jika kehilangan ibu yang aryn sayang...
sejak kecil juga aryn menjaga ibu aryn di hospital...
sejak kecil juga aryn menemani ibu aryn pergi buat rawatan...

sampai diri ini sudah biasa dengan bau hospital.. bau ubat2...
macam2 kejadian yang berlaku dekat hospital aryn lalui...
bagaimana seorang pesakit yang berhampiran dengan katil ibu aryn pergi meninggalkan keluarganya...
bagaimana seorang pesakit yang nazak melalui saat2 akhir riwayatnya...

semalam cukup mengharukan diri aryn...
aryn teringat...

bagaimana aryn dengan kakak tidur di simen berhapiran katil ibu..
bagaimana kakak berpura2 menjadi penjaga pesakit lain bila jururawat membuat rondaan kerana penjaga yang dibenarkan hanya seorang...
bagaimana kami berdua ponteng sekolah sebab taknak tinggalkan ibu sendirian...
bagaimana keadaan aryn apabila setiap kali tamat sekolah aryn pergi ke hospital berjalan kaki...
dll...

banyak sangat kenangan di hospital tu...

jagaan aryn yang terakhir buat ibu di Hospital Pantai Puteri...
sebelum ibu dimasukkan ke Hospital Pantai Puteri, arwah dimasukkan dulu ke Hospital Permaisuri Bainun...
saat itu aryn juga tidak berapa sihat...
aryn disyaki menghidap TB...
demam...batuk kering hampir sebulan....
hampir seminggu aryn tak menjejakkan kaki ke sekolah...
sedangkan aryn bakal menduduki peperiksaan penting SPM...
sebelum keadaan arwah memaksa dia dimasukkan ke Hospital Pantai Puteri, dia lah yang menjaga aryn....
dia lah yang mengajar aryn bagaimana nak buang kahak...
aryn tak reti...
aryn diminta untuk menjalani beberapa ujian seperti air kencing dan kahak...
bila aryn batuk, arwah ibu akan datang dan suruh aryn buang kahak...
aryn ingat lagi masa tu...

selepas tu, arwah pula dimasukkan ke hospital..
aryn menjaga arwah memandangkan aryn juga tidak berapa sihat...
aryn akan mandikan arwah...
aryn akan berkongsi makanan yang disediakan pihak hospital dengan arwah...
aryn akan tidur di kerusi lipat yang disediakan pihak hospital apabila malam menjelma...

aryn ingat semua tu....

sekarang ne arwah dah takda...
aryn juga pernah menharapkan arwah pergi..
sebabnya aryn dah tak sanggup tengok arwah menderita...
keluar masuk hospital... makan ubat yang banyak...
kalau "pergi" itu akan mengurangkan penderitaannya, aryn relakan....

dia pergi pada "17 Julai 2010"...
hampir tiga minggu selepas arwah menghantar aryn ke UiTM Pulau Pinang...


:m:al-fatihah~:m:

ini sekadar perkongsian bersama teman2...
sementara masih ada masa, jagalah kedua ibubapa sebaiknya...
jangan biarkan mereka pergi ke hospital sendirian...
temanilah mereka...

0
Komen

Menyesal?

Views

hai semua... evenings prince and princess:119::1:

semua dah mamam kew:s:
aryn dah mamam tadi...breakfast+lunch..:45:
hehe~
package hari ne...:119:

apa agaknya aktiviti korang semua yea hari ne:s:
nak juga tahu...huhu~
:26:maklum laa hari ne kan hari minggu...
mesti ada jew aktiviti bersama orang tersayang.. :27: betul tak:s:
:w:hope korang happy selalu yea...

aryn sebenarnya takda mood sejak beberapa hari ne...:face23:
entah kenapa aryn selalu rasa sunyi..
kalau dekat kampus aryn tak pernah rasa sunyi sebabnya ada jew teman bercakap...
dekat rumah aryn seorang jew yang ada..
kakak dengan ayah kerja...

teman bercakap takda cuma teman mendengar jew yang ada..
:78:kucing2 aryn yang cute mute...:77:
hehe~

kan bagus kalau aryn still ada ibu di sisi aryn...:face37:
hurmm...

sorry laa yea... :19: i'm a bit sensitive today...

aryn nak kongsi cerita dengan korang semua hari ne...
lebih kepada sebuah hubungan cinta..:n:

sebelum tu aryn nak tanya dulu:119::119::119:

:86: Apa yang anda harapkan bila anda menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang:120::120::120:

:86: Adakah anda telah membuat pilihan hati yang betul:120::120::120:

:86: Kenapa anda memilih dia sebagai pilihan hati anda:120::120::120:

:86: Mungkinkah anda menyesal dengan pilihan tersebut:120::120::120:

kalau boleh jawab laa dengan seikhlas hati korang...
aryn tak harapkan korang berkongsi dengan aryn melalui komen dekat bawah ne...
:65::54::66:
mungkin peribadi bagi diri korang...
tapi bagus juga kalau dapat berkongsi kan...
aryn tak paksa k...

kadang2 bila kita dah buat pilihan tentang siapa yang kita harapkan menjadi pemegang kunci hati kita, kita berasa gembira pada awal mulanya...
tapi itu berlaku hanya sementara..
bila proses mengenal diri masing2, mungkin akan timbul perasaan menyesal..

contohnya:
:34:"aku tak sangka pula dia ne tak reti masak.."
:34:"kenapa dia tak cuba faham diri aku???"
:34:"apahal pula dia nak larang aku buat apa yng aku nak buat!!!"
dll...

so, apa agaknya perasaan orang yang diperkatakan seperti itu:s:
itu korang jawab sendiri apa yang akan korang rasa bila jadi macam tu...

yang jadi persoalan sekarang kalau dulu boleh terima seadanya, kenapa sekarang berbeza:s::s::s:
kalau dulu tak timbul pun masalah ne, kenapa sekarang:s::s::s:

sudi2 la kongsi pendapat dengan aryn yea... :63:

kepada yang sudi menjawab tengs aryn ucapkan k..