2
Komen

"KEHILANGAN"

Views


hye prince & princess:r:
start esok maybe aryn tak dapat nak online tau..
aryn ada tugas.. I need to go back to my campus..:53:
do miss me ok dear:r:

hari ne aryn just nak kongsi something dengan korang..
aryn nak kongsi apa yang aryn rasa..
yang mungkin korang belum pernah rasa..

"KEHILANGAN"

semalam aryn pergi menziarah seorang jiran aryn yang disuspek DENGGI..
entah berapa lama rasanya aryn tak menjejakkan kaki ke Hospital Permaisuri Bainun yang dulunya dikenali sebagai Hospital Ipoh..
kalau dulu tempat tu cukup familiar bagi aryn...
tempat tu laa arwah ibu aryn selalu dimasukkan...

sejak aryn kecil lagi, arwah ibu dah ada penyakit berkaitan dengan paru2...
sejak kecil juga aryn berasa takut jika kehilangan ibu yang aryn sayang...
sejak kecil juga aryn menjaga ibu aryn di hospital...
sejak kecil juga aryn menemani ibu aryn pergi buat rawatan...

sampai diri ini sudah biasa dengan bau hospital.. bau ubat2...
macam2 kejadian yang berlaku dekat hospital aryn lalui...
bagaimana seorang pesakit yang berhampiran dengan katil ibu aryn pergi meninggalkan keluarganya...
bagaimana seorang pesakit yang nazak melalui saat2 akhir riwayatnya...

semalam cukup mengharukan diri aryn...
aryn teringat...

bagaimana aryn dengan kakak tidur di simen berhapiran katil ibu..
bagaimana kakak berpura2 menjadi penjaga pesakit lain bila jururawat membuat rondaan kerana penjaga yang dibenarkan hanya seorang...
bagaimana kami berdua ponteng sekolah sebab taknak tinggalkan ibu sendirian...
bagaimana keadaan aryn apabila setiap kali tamat sekolah aryn pergi ke hospital berjalan kaki...
dll...

banyak sangat kenangan di hospital tu...

jagaan aryn yang terakhir buat ibu di Hospital Pantai Puteri...
sebelum ibu dimasukkan ke Hospital Pantai Puteri, arwah dimasukkan dulu ke Hospital Permaisuri Bainun...
saat itu aryn juga tidak berapa sihat...
aryn disyaki menghidap TB...
demam...batuk kering hampir sebulan....
hampir seminggu aryn tak menjejakkan kaki ke sekolah...
sedangkan aryn bakal menduduki peperiksaan penting SPM...
sebelum keadaan arwah memaksa dia dimasukkan ke Hospital Pantai Puteri, dia lah yang menjaga aryn....
dia lah yang mengajar aryn bagaimana nak buang kahak...
aryn tak reti...
aryn diminta untuk menjalani beberapa ujian seperti air kencing dan kahak...
bila aryn batuk, arwah ibu akan datang dan suruh aryn buang kahak...
aryn ingat lagi masa tu...

selepas tu, arwah pula dimasukkan ke hospital..
aryn menjaga arwah memandangkan aryn juga tidak berapa sihat...
aryn akan mandikan arwah...
aryn akan berkongsi makanan yang disediakan pihak hospital dengan arwah...
aryn akan tidur di kerusi lipat yang disediakan pihak hospital apabila malam menjelma...

aryn ingat semua tu....

sekarang ne arwah dah takda...
aryn juga pernah menharapkan arwah pergi..
sebabnya aryn dah tak sanggup tengok arwah menderita...
keluar masuk hospital... makan ubat yang banyak...
kalau "pergi" itu akan mengurangkan penderitaannya, aryn relakan....

dia pergi pada "17 Julai 2010"...
hampir tiga minggu selepas arwah menghantar aryn ke UiTM Pulau Pinang...


:m:al-fatihah~:m:

ini sekadar perkongsian bersama teman2...
sementara masih ada masa, jagalah kedua ibubapa sebaiknya...
jangan biarkan mereka pergi ke hospital sendirian...
temanilah mereka...

2 peoples wanna know my story:

Anonymous said...

assalamualaikum..kuatkan semanagt nyer aryn.. :)

aryn said...

@Anonymous waalaikumusalam..... tengs yea....

Post a Comment

salam semua...
leave ur comment here k.... ^_^