2
Komen

I miss him

Views
selamat petang semua..
apa perancangan korg hari ne? maklum laa kan hari AHAD..
mesti ramai yeng merancang untuk outing bersama orang tersayang..
sebak plak aryn rasa..
dulu time kat kampus memang tak boleh duduk diam.. ada je masa lapang, aryn mesti check out dari kampus..
ke mana lagi kalau tak outing bersama jejaka yang memiliki hati ini.. chewaahhh.. haha
rindu nak keluar dengan dia... 
hari ne aryn duduk diam2 kat rumah..
layan cerita pasrah lakonan Erra Fazira, primadona Malaysia... wee~
I miss him so badly.. Its almost 4 weeks kami tak jumpa...
dia nun jauh di sana.. LABUAN.
dan aryn pula di sini selalu merinduinya..
kalau ikutkan paling lama kami tak bersua muka pun dalam tempoh 3-2 minggu je..
tapi kali ne..5 bulan tempoh ujian kami untuk menguji kesetiaan, kepercayaan masing2...
tapi aryn tak akan biarkan ia terjadi..
aryn akan berusaha juga untuk mencari jalan bertemu dengannya.
I MISS YOU SO MUCH 


MOHD NUR HAFIRUL BIN HAZIS


4
Komen

tanda wanita sayang

Views

salam tengah hari semua...
dah siap masak untuk lunch??? nyam3~
hari ini aryn tersangat laa bad mood.. but I'm trying to make my day happy..
mengantuk.. semalaman tak boleh tidur sebab fikirkan perkara yang sangat menakutkan aryn..
menangis... menangis... menangis...

untuk entry kali ne aryn nak share dengan korg semua tanda2 seorang gadis sayangkan lelaki idamannya..
entry ne juga sebenarnya aryn tujukan khas buat pasangan aryn..

  • first of all.. bila seorang wanita ne dah sukakan seorang lelaki, dorg akan selalu hubungi atau SMS si dia. kadang2 tu bukan ada benda penting pun, dorg cuma nak bertanya khabar dan menghantar ayat2 manis.
 P/s: lelaki tolong lah hargai apa yang dorg buat... maybe bila dorg still contact korg, korg anggap biasa2 je..
tapi jangan sampai bila dorg stop contact korg, korg pula yang tercari-cari.

  • berbanding lelaki, wanita lebih menunjukkan keprihatinan dorg. bila si lelaki ada masalah, dorg akan cuba figure out untuk bantu. 
P/s: so.. sepatutnya lelaki bersyukur laa ada orang yang sentiasa bersedia untuk mendengar masalah korg. jangan marahkan dia kalau tak boleh selesaikan masalah tu.

  • next... biasanya wanita akan share dengan lelaki mengenai perkara yang berlaku sepanjang hari mereka whether the good things or bad things. and one more pasal waanita, dorg lazimnya inginkan si lelaki menemani mereka ke mana2.
P/s: bukan sebab wanita ne suka bergantung kepada orang lain.. make sure u guys betulkan balik mindset korg ok.

  • then.. bila terpaksa berjauhan, lazimnya wanita akan kelihatan murung dan sedih sahaja. menanggung rindu la katakan.
P/s: bagi lelaki maybe benda ne remeh.. hati wanita ne sangat mudah tersentuh. lebih2 lagi bila berjauhan.

  • yang ne aryn tak pasti la ramai tak wanita yang buat.. tapi bagi aryn, YES.! wanita biasanya bila dah sayang, dorg suka bagi hadiah dekat pasangan dorg. bagi coklat, bagi jam dan macam2 lagi.. bukan bagi time besday si dia tetapi bila dorg pergi mana2 pun dorg akan ingatkan si dia. beli cenderahati laa.. 
P/s: sanggup berhabis duit is not the main point.. tapi sebenarnya ingatan terhadap si dia yang aryn nak point.

apa2pun hargai la pasangan masing2 ok..
wish u guys happy ever after.. 
^_^
0
Komen

Anugerah Naib Cansellor (ANC)

Views

opppss... terlebih rajin hari ne nak post entry.
tengah cuba sibukkan diri sebenarnya..
nak lupakan perkara yang aryn sedih sampai menangis tadi..


ANC???
kalau yang belajar kat Universiti Teknologi Mara (UiTM) mesti tahu apa benda yang aryn merepek ne..
ANC stands for ANUGERAH NAIB CANSELLOR
baca pun dah tahu kan macam hebat je ANC ne..

aryn pun tak tahu sangat pasal benda ne..
tapi bila dah nak dekat2 tamat belajar, baru lah sibuk nak tahu..
sebenarnya aryn bercita-cita nak menjadi salah seorang calon ANC...
this will be the last semester to made it REAL..
now aryn dah semester akhir doing practical..
so nasib untuk dapat ke x anugerah ne bergantung kepada my presentation and my report..

alhamdulillah.. sepanjang lima semester bergelar pelajar UiTM, aryn dapat kekalkan results aryn..
kat sini aryn nak share result semester lima aryn..
bukan niat untuk riak atau apa.. tapi cume ingin berkongsi..

alhamdulillah.. aryn bersyukur buat si dia kerana banyak improvement dalam result dia..
 kawan2 aryn pun ramai yang DEAN semester akhir ne..

hope time graduate nanti kita sama2 pakai selempang pink yea.. AMIN.

apapun.. aryn bersyukur sangat. 
thank you ALLAH.. ^_^

2
Komen

cara nak yakinkan keluarga untuk nikah di usia muda

Views
selamat malam semua...
kali ne aryn nak post entry sambungan kepada KELEBIHAN NIKAH AWAL yang aryn share pagi tadi..
sebenarnya susah juga bila kita dan pasangan masing2 dah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.. 
tapi keluarga pula yang menjadi pengahalang..
yelaa... bagi yang masih belajar, mesti lah akan dipersoalkan "macam mana kamu nak sara keluarga kamu sendiri sedangkan kamu sendiri masih tanggungjawab keluarga?"
sebenarnya itu semua tak jadi masalah pun..
kalau memang betul kita dah bersedia, yakinkan lah keluarga masing2..
ada banyak cara yang kita boleh ikhtiarkan..
so, entry kali ne aryn nak share beberapa cara untuk yakinkan keluarga kita bagi yang berangan2 untuk bernikah di usia muda..
  • first of all.. pastikan niat kita untuk nikah awal bukan kerana nafsu semata-mata tapi kerana kita ingin mecari keredhaan Allah s.w.t. Nikah awal ne bukan sahaja dapat mengelakkan terjadinya perkara2 yang dilarang oleh Dia.. insyaAllah, bila dah nikah segala urusan kita akan dipermudahkan.. Amin
  • then..tunjukkan keikhlasan, kejujuran dan akhlak yang baik setiap masa agar kita disenangi keluarga serta rakan2 sekeliling kita. dengan itu, mudah untuk keluarga pasangan kita menerima diri kita seadanya.
  • nak yakinkan keluarga juga kita mesti lah tunjukkan kematangan dari segi pertuturan dan cara memberikan pendapat agar ahli keluarga yakin bahawa usia sebenarnya tidak mempengaruhi kematangan diri.
  • selain itu, nak kahwin kena lah berduit. kita kena lah ada pendapatan yang stabil (lebih kepada pihak lelaki) kerana kita akan menjadi ketua keluarga bila melangkah ke alam perkahwinan. bagi yang masih belajar, itu bukan persoalannya utuk keluarga menghalang dari bernikah. disamping belajar, buat lah kerja sambilan. sekarang ne banyak peluang perkerjaan yang menjanjikan gaji lumayan. cuba yakinkan keluarga kedua belah pihak yang kita boleh lakukan.
  • seterusnya, bagi yang dah betul2 serius dengan niat untuk nikah awal.. bawalah pasangan kita berkenalan dengan ahli keluarga. restu keluarga especially ibubapa amatlah penting.
  • dan akhir sekali.. berdoalah kepada Allah s.w.t agar melembutkan dan melapangkan hati ibubapa kedua belah keluarga untuk menerima hasrat kita ne.mudah2an segalanya berjalan dengan lancar. insyaAllah.
hope u guys get some input from this new entry..
selamat mencuba memikat keluarga sendiri dan pasangan anda~
2
Komen

kelebihan berkahwin di usia muda

Views
hai semua.. lama aryn tak update blog ne.
dah bersawang siap ada labah2 lagi. hehe~
so hows ur day today?? hope korg semua happy2 selalu.. sekarang ne pn dah musim cuti sekolah.
mesti ramai yang bercuti bersama keluarga tersayang..
hari ne saje nak share sebab yang munasabah dan kelebihan bila kita berkahwin di usia muda..
sebab nak kahwin awal bukan kerana dah gataii sangat nak kahwin.. 
tapi ada sebab2 lain..
macam aryn.. aryn memang bercita-cita untuk menikah dengan pasangan aryn di usia muda..
perkara ne pun dah diutarakan kepada keluarga masing2..
so... jawapannya???
"tunggu dulu... kena habis belajar. kahwin awal pun nanti mengganggu pelajaran"
it is true??? I don't think so..
tapi nak buat macam mana juga..
sama2 laa kita tunggu.
kat bawah ne aryn share dengan korg semua apa yang bagus sangat nikah di usia muda..
^_^
  1. Tuntutan Agama  - Apabila anda berkahwin muda, anda telah menyempurnakan satu fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan secara halal ... bukan main dating-dating, atau main cinta-cinta. Apabila anda telah menunaikan tuntutan ini, anda secara tidak langsung telah menyediakan diri untuk bekeluarga dan menjadi pemimpin. Bukankah hidupnya manusia di muka bumi ini adalah untuk jadi pemimpin?
  2. Elak Zina - Tentu sekali. Kalau udah gatal sana sini, baiklah cepat-cepat kahwin. Dari pegang-pegang, dari sentuh2 tanpa ada permit sah, dari dapat dosa, dari dekatkan diri dengan zina, lebih baik nikah cepat, dan anda akan dapat pahala dengan segala 'perbuatan terlarang' yang dilakukan sebelum nikah!
  3. Jadi Bertanggungjawab - Anda akan sedia untuk menjadi ketua keluarga, jadi ibu, jadi ayah. Anda sudah ada rasa tanggungjawab untuk menjadi lebih baik.
  4. Mematangkan Diri - Apabila anda bernikah, anda sedang dalam proses mematangkan diri. Selagi anda tidak berada di dalam situasi yang telah berlainan daripada sebelumnya, anda tidak akan belajar untuk menjadi matang, menjadi lebih baik dari sebelum. Dengan pernikahan, keputusan yang anda buat lebih bijak, lebih bermatlamat dan ada tujuan yang jelas.
  5. Ketenangan Jiwa - Pernikahan akan membetulkan hasrat seksualiti anda dalam landasan yang sepatutnya. Anda tak perlu rasa resah gelisah, kerana anda sudah ada passport untuk bersama pasangan anda. Anda sudah menunaikan fitrah manusia .... dan sebenarnya meninggikan darjat anda sebagai seorang yang punyai keluarga. Walau ada masa masalah melanda, tetapi anda ada pasangan yang sah untuk jadi peneman setiap masa, dan insyaAllah ada anak yang jadi penglibur lara.
  6. Plan Jangka Panjang - Pernikahan membolehkan anda setkan tujuan hidup dengan lebih baik. Anda sudah tahu apa yang perlu dalam hidup, jadi perancangan yang anda akan lakukan lebih jelas. Anda mula merancang untuk beli rumah, ada kenderaan besar, nak buat haji, sekolahlah anak-anak dan macam-macam lagi. Matlamat hidup anda makin jelas sekarang.
  7. Seks Berkualiti dan Dijamin Selamat - Bila bernikah, semuanya boleh asalkan tidak langgar hukum. Anda tak perlu takut untuk melakukan adegan berahi. Anda juga tak perlu risau akan dosa dan juga umpatan serta fitnah. Anda dapat merasi apa itu seks tanpa rasa takut malah menikmatinya dalam keselesaan anda dan pasangan anda. Best kan?
  8. Rezeki Berlipat Ganda - Percaya atau tidak, apabila anda bernikah ... jalan rezeki anda mudah. Anda diberikan peluang untuk menambah pendapatan, ada saja peluang yang sebelum ini sukar diberikan kepada anda.
  9. Nikah Tanda Sayang - Buat apa tunggu2 lagi? Jika benar anda sayang pasangan anda .. maka nikahilah secepat mungkin. Kan kan?
terima kasih kerana membaca entry ne..