2
Komen

kelebihan berkahwin di usia muda

Views
hai semua.. lama aryn tak update blog ne.
dah bersawang siap ada labah2 lagi. hehe~
so hows ur day today?? hope korg semua happy2 selalu.. sekarang ne pn dah musim cuti sekolah.
mesti ramai yang bercuti bersama keluarga tersayang..
hari ne saje nak share sebab yang munasabah dan kelebihan bila kita berkahwin di usia muda..
sebab nak kahwin awal bukan kerana dah gataii sangat nak kahwin.. 
tapi ada sebab2 lain..
macam aryn.. aryn memang bercita-cita untuk menikah dengan pasangan aryn di usia muda..
perkara ne pun dah diutarakan kepada keluarga masing2..
so... jawapannya???
"tunggu dulu... kena habis belajar. kahwin awal pun nanti mengganggu pelajaran"
it is true??? I don't think so..
tapi nak buat macam mana juga..
sama2 laa kita tunggu.
kat bawah ne aryn share dengan korg semua apa yang bagus sangat nikah di usia muda..
^_^
  1. Tuntutan Agama  - Apabila anda berkahwin muda, anda telah menyempurnakan satu fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan secara halal ... bukan main dating-dating, atau main cinta-cinta. Apabila anda telah menunaikan tuntutan ini, anda secara tidak langsung telah menyediakan diri untuk bekeluarga dan menjadi pemimpin. Bukankah hidupnya manusia di muka bumi ini adalah untuk jadi pemimpin?
  2. Elak Zina - Tentu sekali. Kalau udah gatal sana sini, baiklah cepat-cepat kahwin. Dari pegang-pegang, dari sentuh2 tanpa ada permit sah, dari dapat dosa, dari dekatkan diri dengan zina, lebih baik nikah cepat, dan anda akan dapat pahala dengan segala 'perbuatan terlarang' yang dilakukan sebelum nikah!
  3. Jadi Bertanggungjawab - Anda akan sedia untuk menjadi ketua keluarga, jadi ibu, jadi ayah. Anda sudah ada rasa tanggungjawab untuk menjadi lebih baik.
  4. Mematangkan Diri - Apabila anda bernikah, anda sedang dalam proses mematangkan diri. Selagi anda tidak berada di dalam situasi yang telah berlainan daripada sebelumnya, anda tidak akan belajar untuk menjadi matang, menjadi lebih baik dari sebelum. Dengan pernikahan, keputusan yang anda buat lebih bijak, lebih bermatlamat dan ada tujuan yang jelas.
  5. Ketenangan Jiwa - Pernikahan akan membetulkan hasrat seksualiti anda dalam landasan yang sepatutnya. Anda tak perlu rasa resah gelisah, kerana anda sudah ada passport untuk bersama pasangan anda. Anda sudah menunaikan fitrah manusia .... dan sebenarnya meninggikan darjat anda sebagai seorang yang punyai keluarga. Walau ada masa masalah melanda, tetapi anda ada pasangan yang sah untuk jadi peneman setiap masa, dan insyaAllah ada anak yang jadi penglibur lara.
  6. Plan Jangka Panjang - Pernikahan membolehkan anda setkan tujuan hidup dengan lebih baik. Anda sudah tahu apa yang perlu dalam hidup, jadi perancangan yang anda akan lakukan lebih jelas. Anda mula merancang untuk beli rumah, ada kenderaan besar, nak buat haji, sekolahlah anak-anak dan macam-macam lagi. Matlamat hidup anda makin jelas sekarang.
  7. Seks Berkualiti dan Dijamin Selamat - Bila bernikah, semuanya boleh asalkan tidak langgar hukum. Anda tak perlu takut untuk melakukan adegan berahi. Anda juga tak perlu risau akan dosa dan juga umpatan serta fitnah. Anda dapat merasi apa itu seks tanpa rasa takut malah menikmatinya dalam keselesaan anda dan pasangan anda. Best kan?
  8. Rezeki Berlipat Ganda - Percaya atau tidak, apabila anda bernikah ... jalan rezeki anda mudah. Anda diberikan peluang untuk menambah pendapatan, ada saja peluang yang sebelum ini sukar diberikan kepada anda.
  9. Nikah Tanda Sayang - Buat apa tunggu2 lagi? Jika benar anda sayang pasangan anda .. maka nikahilah secepat mungkin. Kan kan?
terima kasih kerana membaca entry ne.. 

2 peoples wanna know my story:

nurfadilahmohamadmukhtar said...

kita pun kawen muda . Alhamdulillah :)

aryn said...

@nurfadilahmohamadmukhtar

wahh.. bgus laa. umur berapa kahwin?

Post a Comment

salam semua...
leave ur comment here k.... ^_^