2
Komen

cara nak yakinkan keluarga untuk nikah di usia muda

Views
selamat malam semua...
kali ne aryn nak post entry sambungan kepada KELEBIHAN NIKAH AWAL yang aryn share pagi tadi..
sebenarnya susah juga bila kita dan pasangan masing2 dah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.. 
tapi keluarga pula yang menjadi pengahalang..
yelaa... bagi yang masih belajar, mesti lah akan dipersoalkan "macam mana kamu nak sara keluarga kamu sendiri sedangkan kamu sendiri masih tanggungjawab keluarga?"
sebenarnya itu semua tak jadi masalah pun..
kalau memang betul kita dah bersedia, yakinkan lah keluarga masing2..
ada banyak cara yang kita boleh ikhtiarkan..
so, entry kali ne aryn nak share beberapa cara untuk yakinkan keluarga kita bagi yang berangan2 untuk bernikah di usia muda..
  • first of all.. pastikan niat kita untuk nikah awal bukan kerana nafsu semata-mata tapi kerana kita ingin mecari keredhaan Allah s.w.t. Nikah awal ne bukan sahaja dapat mengelakkan terjadinya perkara2 yang dilarang oleh Dia.. insyaAllah, bila dah nikah segala urusan kita akan dipermudahkan.. Amin
  • then..tunjukkan keikhlasan, kejujuran dan akhlak yang baik setiap masa agar kita disenangi keluarga serta rakan2 sekeliling kita. dengan itu, mudah untuk keluarga pasangan kita menerima diri kita seadanya.
  • nak yakinkan keluarga juga kita mesti lah tunjukkan kematangan dari segi pertuturan dan cara memberikan pendapat agar ahli keluarga yakin bahawa usia sebenarnya tidak mempengaruhi kematangan diri.
  • selain itu, nak kahwin kena lah berduit. kita kena lah ada pendapatan yang stabil (lebih kepada pihak lelaki) kerana kita akan menjadi ketua keluarga bila melangkah ke alam perkahwinan. bagi yang masih belajar, itu bukan persoalannya utuk keluarga menghalang dari bernikah. disamping belajar, buat lah kerja sambilan. sekarang ne banyak peluang perkerjaan yang menjanjikan gaji lumayan. cuba yakinkan keluarga kedua belah pihak yang kita boleh lakukan.
  • seterusnya, bagi yang dah betul2 serius dengan niat untuk nikah awal.. bawalah pasangan kita berkenalan dengan ahli keluarga. restu keluarga especially ibubapa amatlah penting.
  • dan akhir sekali.. berdoalah kepada Allah s.w.t agar melembutkan dan melapangkan hati ibubapa kedua belah keluarga untuk menerima hasrat kita ne.mudah2an segalanya berjalan dengan lancar. insyaAllah.
hope u guys get some input from this new entry..
selamat mencuba memikat keluarga sendiri dan pasangan anda~

2 peoples wanna know my story:

dom dana hsj said...

aryn, family prnh bgtaw mcm nie kat sy.. "harry, bwa lh kekasih kamu jmpa dgn family..boleh kmi berkenalan.
so, ap sy jwb.. "sy masih single n blom bersedia untuk mencintai spa2".

aryn said...

@dom dana hsj

nnti ada la tu.. ^_^

Post a Comment

salam semua...
leave ur comment here k.... ^_^